Selasa, 8 Disember 2015



931 KAMPUNG TOK OTEK,

13100 PENAGA, SEBERANG PERAI UTARA,

NEGERI PULAU PINANG

(KC0029177-P)



PENGAMBILAN PELAJAR

PENGENALAN

MAAHAD ATTAHFIZ ANNUR adalah sebuah pusat pendidikan ilmu Islam yang baru dibangunkan pada pertengahan tahun 2015 M. Ia dibangunkan demi membantu individu Islam memenuhi tuntutan fardu ain sebagai seorang Islam dan memenuhi tuntutan fardu kifayah sebagai seorang anggota masyarakat Islam. Segala kelemahan dalam sistem pendidikan yang sedia ada dijadikan asas penambahbaikan pendidikan ANNUR agar pelajar yang dilahirkan di sini dapat membantu diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara dari segi agama, ekonomi dan lain-lain.



ANNUR menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Di samping itu ANNUR akan berusaha menjadi sebuah pusat latihan keusahawanan
Islam untuk remaja Islam agar mereka tidak terlalu bergantung kepada makan gaji setelah tamat pengajian Islam di sini. Pelajar akan didaftarkan untuk sijil SMA Majlis Agama Kedah ketika di tahun 6, dan pada tahun 7 akan didaftar untuk sijil SPM Kementerian Pendidikan Malaysia, dan pada tahun 8 akan didaftar untuk sijil STAM Kementerian Pendidikan Malaysia.



Pelajar yang diterima belajar di sini akan belajar di tahap 1 selama dua tahun. Sekiranya berjaya melepasi tahap 1 dalam masa dua tahun, pelajar tersebut akan ditawarkan berlajar di tahap 2 selama enam tahun. Bagi pelajar yang tidak berjaya melepasi tahap 1 dalam masa dua tahun, mereka akan diberi masa tambahan satu tahun untuk melayakan diri ke tahap 2. Sekiranya tidak berjaya juga mereka akan didaftarkan di sekolah agama rakyat untuk mengikuti pengajaian tingkatan 4 dan 5 dan seterusnya mengambil peperiksaan SPM.



PERHATIAN: Pelajar ANNUR diwajibkan menghafal Al-Quran Al-Karim setiap tahun 5 juzuk di samping pengajian ilmu Islam dan ilmu keusahawanan.



SYARAT PENERIMAAN

  1. Remaja lelaki 10 tahun hingga 15 tahun.
  2. Sehat tubuh badan dan bebas daripada penyakit yang boleh menghalang pembelajaran.
  3. Berminat dan bersedia untuk belajar serta sanggup menerima segala arahan dan tindakan disiplin untuk pembentukan diri sebagai seorang Islam yang berjaya di masa akan datang.
  4. Bersedia untuk berdikari dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan.
  5. Lulus temuduga yang diadakan.


    PENDAFTARAN

  1. Boleh dibuat sekarang di ANNUR pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis
  2. Pada jam 9 pagi hingga jam 12 tengah hari
  3. Bawa bersama salinan Mykad pelajar dan waris
  4. Bagi pelajar yang belum ada Mykad, salinan sijil lahir diperlukan
  5. Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Syukri di No. 0194348244


    YURAN PENGAJIAN

  1. Yuran Tahunan dikenakan sebanyak RM 300 untuk pembangunan ANNUR
  2. Yuran Bulanan dikenakan sebanyak RM 250 untuk gaji guru dan staf ANNUR
  3. Yuran Makan, Minum, dan Asrama tidak dikenakan
  4. Semua jenis bentuk sumbangan adalah dialu-alukan




Ahad, 2 Ogos 2015

KEKALKAN NI"KMAT DAN KEBERKATANYA DENGAN BERBELANJA DI JALAN ALLAH

Assalamualaikum saudara sekelian, diharap saudara sekelian dalam keadaan baik dan sentiasa selamat dan dirahmati Allah taala.
Pada hari ini mari kita hayati hadis berikut:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: \" إِنَّ لِلَّهِ أَقْوَامًا اخْتَصَّهُمْ بِالنِّعَمِ لِمَنَافِعِ الْعِبَادِ، وَيُقِرُّهَا فِيهِمْ مَا بَذَلُوهَا، فَإِذَا مَنَعُوهَا نَزَعَهَا عَنْهُمْ وَحَوَّلَهَا إِلَى غَيْرِهِمْ \"أخرجه الطبراني (12/358 ، رقم 13334) ، وابن عساكر (54/5) . قال الهيثمى (8/192) : رواه الطبراني وضعفه ، وحسن حديثه ابن عدى. قال الألباني :( حسن لغيره ) صحيح الترغيب والترهيب 2/358.
Diriwayatkan daripada anak umar radhia Allahu anhuma, katanya, rasulullah sallallah alaihi wasallam bersabda:
Sesungguhnya Allah mempunyai beberapa golongan hambaNya, di mana Allah mengkhususkan mereka dengan kurniaan-kurniaan tertentu untuk membantu hamba-hambaNya dan Allah akan kekalkan kurniaan-kurniaan itu selagi mana mereka membelanjakan di jalan Allah. Maka apa bila mereka menghalang perbelanjaan kurniaan itu di jalan Allah, maka Allah akan menarik balik kurniaan itu daripada mereka dan memindahkannya kepada orang lain.

Bersandarkan kepada hadis di atas, maka marilah kita berbelanja kurniaan yang Allah berikan kepada kita di jalan Allah secara istiqamah sebagai usaha mengekalkan kurniaan itu pada kita sekaligus diberkati Allah dan dipelihara daripada ditarik balik daripada kita.

MOHON BANTU
MAAHAD TAHFIZ ANNUR

Maahad Attahfiz ANNUR masih memerlukan bantuan anda semua, kami memerlukan sekurang-kurangnya RM 500 ribu ringgit untuk memulakan pengajian pada awal tahun 2016 akan datang dan keperluan lain lagi bagi memantapkan lagi sistem pengajian di MAAHAD TAHFIZ ANNUR. Anda boleh bantu kami dengan MAAHAD TAHFIZ ANNUR masih memerlukan bantuan anda semua, kami memerlukan sekurang-kurangnya RM 500 ribu ringgit untuk memulakan pengajian pada awal tahun 2016 akan datang dan keperluan lain lagi bagi memantapkan lagi sistem pengajian di MAAHAD TAHFIZ ANNUR. Anda boleh bantu kami dengan apa cara yang mampu disamping doa ikhlas anda yang berterusan.

Berikut no akaun ANNUR : 07-043-01-103762-7

atas nama MAAHAD ATTAHFIZ ANNUR (Bank Islam)

Jazakumullah khairan kasiran.

Minta tolong sebar si kalangan kawan-kawan. cara yang mampu disamping doa ikhlas anda yang berterusan.

Berikut no akaun ANNUR : 07-043-01-103762-7

atas nama MAAHAD ATTAHFIZ ANNUR (Bank Islam)

Jazakumullah khairan kasiran.

Minta tolong sebar si kalangan kawan-kawan.

Isnin, 20 Julai 2015

AMALAN-AMALAN ITU MERUPAKAN GAMBARAN

Syeikh zarruq menyatakan bahawa: "kesempurnaan amalan bergantung kepada keiklasan iaitu amalan hati.hal ini menghendaki sesuatu dilakukan tanpa keterlaluan agar kesempurnaan tidak luput".

Ibn 'Ajibah menambah: "Apabila iklas merupakan syarat setiap amalan,lantas dinyatakan kesannya dengan menyebut hikmah ini".

Syeikh al-Buti berkata:Hikmah ini merupakan peryempurnaan kepada hikmah yang lalu".
                 "Amalan-amalan itu merupakan gambaran-gambaran yang zahir manakala roh-rohnya ialah iklas yang wujud padanya".

Mafhum
Segala amal kebaikan diibaratkan ertinya portret gambaran yang berdiri dan untuk hidup, gambar-gambar (portert) itu memerlukan roh.begitulah juga amalan memerlukan keiklasan.

Iktibar
Iklas menjadi neraca kepada mujahadah seorang hamba.sifat iklas ini akan memimpin para murid di dalam mujahadahnya sehingga berjaya.sesungguhnya Allah telah memerintah kita supaya memerlihara sifat iklas dalam setiap amalan,sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-Baiyyinah:5

Maksudnya:padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam(menjalankan)agama.

Al-Sabuni menukilkan tafsiran ayat ini daripada Hasyiah al-Sawi dengan maksudnya:walhal mereka tidak diperintahkan dalam Taurat dan Injil kecuali beribadah kepada Allah SWT dan mengiklaskan ibadah hanya kerana allah yang Maha Tinggi, tetapi malangnya mereka mengubah dan memindahnya lantas menyembah paderi dan pendeta mereka".

Perbezaan antara amal kerana Allah dan amal dengan Allah

Amal kerana Allah membawa kepada:

  • Pahala
  • tahkik ibadat
  • sifat 'abid.
  • perlaksanaan segala hukum zahir.
Amal dengan Allah membawa kepada:
  • Dekat dengan Allah
Fudail bin 'Iyad berkata: Allah SWT berfirman:
  Maksudnya: supaya Allah menguji kamu semua untuk memastikan siapa dikalangan kamu yang amalannya lebih baik.
                                                                                                    (Surah al-Mulk:2)

Fudhail berkata: "Yang paling iklas dan yang paling baik".
Beliau berkata:Sesungguhnya amalan yang iklas tetapi tidak betul ia tidak diterima oleh Allah SWT, dan amalan yang betul tetapi tidak iklas juga tidak diterima sehinggalah amalan ituniklas dan betul.Iklas adalah kerana Allah SWT dan betuk adalah dengan mengikut sunnah Rasulullah SAW".

Daripada 'Ubadah bin somit,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Kamu hendaklah berjihad.Ia merupakan salah satu daripada pintu-pintu surga.Allah menghindarkan dukacita dan kerunsingan daripada jiwa seseorg dengannya."
(Riwayat Imam Ahmad)

MAAHAD TAHFIZ ANNUR masih memerlukan bantuan anda semua, kami memerlukan sekurang-kurangnya RM 500 ribu ringgit untuk memulakan pengajian pada awal tahun 2016 akan datang dan keperluan lain lagi bagi memantapkan lagi sistem pengajian di MAAHAD TAHFIZ ANNUR. Anda boleh bantu kami dengan apa cara yang mampu disamping doa ikhlas anda yang berterusan.

Berikut no akaun ANNUR : 07-043-01-103762-7 

atas nama MAAHAD ATTAHFIZ ANNUR (Bank Islam)

Jazakumullah khairan kasiran.

Minta tolong sebar si kalangan kawan-kawan.

Ahad, 19 Julai 2015

niat sahaja sudah dapat pahala

Ahad, 19 Julai 2015

Niat sahaja sudah dapat pahala

Maksudnya:"Sesiapa yang masuk ke biliknya untuk tidur dan berniat bangkit untuk solat waktu malam,sedangkan dia terus tidur tanpa dapat bangun hingga ke subuh maka ditulis daripada niatnya dan juga tidurnya sebagai sedekah dari tuhanya".  riwayat Ibn Majah dan Baihaqi



MAAHAD TAHFIZ ANNUR masih memerlukan bantuan anda semua, kami memerlukan sekurang-kurangnya RM 500 ribu ringgit untuk memulakan pengajian pada awal tahun 2016 akan datang dan keperluan lain lagi bagi memantapkan lagi sistem pengajian di MAAHAD TAHFIZ ANNUR. Anda boleh bantu kami dengan apa cara yang mampu disamping doa ikhlas anda yang berterusan.

Berikut no akaun ANNUR : 07-043-01-103762-7 

atas nama MAAHAD ATTAHFIZ ANNUR (Bank Islam)

Jazakumullah khairan kasiran.

Minta tolong sebar si kalangan kawan-kawan.

Selasa, 14 Julai 2015

SELAMAT HARI RAYA DAN TERUSKAN INFAQ ANDA

SELAMAT HARI RAYA DAN TERUSKAN INFAQ ANDA
MAAF ZAHIR DAN BATIN


         Assalamu Alaikum ibu bapa, saudara-saudara, sahabat-sahabat, kawan-kawan, anak-anak murid dan kenalan-kenalan ustaz Syukri Yamin serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang dikasihi dan dirahmati Allah sekelian. 

         Di akhir-akhir Ramadha Al-Mubarak ini saya dan seluruh warga  MAAHAD TAHFIZ ANNUR mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa sehingga ke akhir Ramadha Al-Mubarak dan selamat berhari raya bersama dengan orang tersayang.

        Di kesempatan ini kami memohon maaf di atas kehadhiran risalah dan pesanan yang sentiasa datang memohon sumbangan ikhlas anda untuk membantu kami membangunkan  MAAHAD TAHFIZ ANNUR lebih-lebih lagi jika ia menimbulkan rasa kurang senang tetapi yakinlah bahawa setiap sen yang diinfaqkan itu ada ganjarannya yang sangat hebat sekali dari sisi Allah kerana agama/ugama ini adalah milikNya dan Ia pasti akan membalas jasa baik setiap pembantu agama/ugamaNya.

          Kami mengucap Jazakumullahu khairan kasiran kepada anda semua kerana sudi membantu membangunkan MAAHAD TAHFIZ ANNUR bersama kami dengan iringan doa dan infaq wang ringgit seikhlas-ikhlasnya kerana Allah . 

         MAAHAD TAHFIZ ANNUR masih memerlukan bantuan anda semua kerana sumbangan yang kami terima setakat mula dilancarkan di pertengahan Ramadhan hingga saat ini hanaya RM 400 sahaja sedangkan kami memerlukan sekurang-kurangnya RM 250 ribu ringgit untuk memulakan pengajian pada awal tahun 2016 akan datang. Anda boleh bantu kami dengan apa cara yang mampu disamping doa ikhlas anda yang berterusan.

Berikut no akaun ANNUR : 07-043-01-103762-7 
atas nama MAAHAD ATTAHFIZ ANNUR (Bank Islam)

Jazakumullah khairan kasiran.

Isnin, 13 Julai 2015

KEPERLUAN SEGERA DAN MENDESAK


           Assalamualaikum ibu bapa, saudara-saudara, sahabat-sahabat, kawan-kawan, anak-anak murid dan kenalan-kenalan ustaz Syukri Yamin yang dikasihi dan dirahmati Allah sekelian. 
    
          Saya ustaz Syukri Yamin dan MAAHAD TAHFIZ ANNUR yang dibangunkan oleh saya dan dibantu oleh para pembantu, kami mengucap Jazakumullahu khairan kasiran kepada anda semua kerana sudi membantu membangunkan MAAHAD TAHFIZ ANNUR bersama kami dengan iringan doa dan infaq wang ringgit seikhlas-ikhlasnya kerana Allah . 

         MAAHAD TAHFIZ ANNUR masih memerlukan bantuan anda semua kerana sumbangan yang kami terima setakat mula dilancarkan di pertengahan Ramadhan hingga saat ini hanaya RM 400 sahaja sedangkan kami memerlukan sekurang-kurangnya RM 250 ribu ringgit untuk memulakan pengajian pada awal tahun 2016 akan datang. Anda boleh bantu kami dengan apa cara yang mampu disamping doa ikhlas anda yang berterusan.

Berikut no akaun ANNUR : 07-043-01-103762-7 
atas nama MAAHAD ATTAHFIZ ANNUR (Bank Islam)

Jazakumullah khairan kasiran.