PENGENALAN


BAHAGIAN PERTAMA
((PENDAHULUAN))
  



KEPERLUAN INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM TULEN

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله سيد الخلائق أجمعين، وعلى آله وصحبه والتابعين وتابعي التابعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.


Seperti sedia maklum, masyarakat Islam Malaysia masa kini sangat-sangat berhajat kepada tambahan bilangan ulama, terutamanya yang setanding dengan ulama Arab untuk membimbing masyarakat Islam Malaysia menghadapi pelbagai cabaran hidup semasa dan akan datang seiringan dengan kehendak Islam.

Dengan adanya ulama yang mencukupi dan berkebolehan setanding dengan ulama Arab maka diharap segala masalah individu, institusi dan masyarakat Islam akan dapat diatasi kerana kebolehan mereka dalam memahami Al-Quran dan Al-Hadith sekaligus dapat memberi penjelasan terbaik bagi setiap masalah di samping membimbing mereka menuju ke arah keredhaan Allah Taala.

Berdasarkan kepada perhatian banyak pihak, dugaan umat Islam di Malaysia semakin hari semkin mencabar. Dahulu susah hendak mendengar cerita orang murtad, bersekedudukan tanpa nikah kahwin, buang bayi dan sebagainya tetapi kini cerita-cerita seperti ini banyak dilaporkan di dalam media cetak dan elektronik.

Sekiranya ulama kelas tinggi ini tidak dapat dilahirkan, masyarakat Islam Malaysia akan menghadapi kemelut yang boleh menggoncangkan keimanan sekaligus menggugatkan keamanan dan kesejahteraan yang sekian lama dinikmati.

Usaha melahirkan ulama yang berkebolehan tinggi adalah usaha yang sangat tepat untuk menyelamatkan individu, institusi dan masyarakat Islam di Malaysia dari segala ancaman dari peringkat akar umbi dan menyeluruh, bahkan usaha ini akan memperkukuhkan lagi kedudukan orang Islam sebagai pemimpin negara dan Islam sebagai Ad-Din di Malaysia.


Justeru, wajarlah usaha ini diberi sokongan padu dari semua lapisan masyarakat Islam dan menjadi projek kebanggaan rakyat Islam di Malaysia kerana mereka akan memiliki ulama-ulama yang setanding dengan ulama-ulama Islam dari seluruh pelusuk dunia di samping mereka bergerak maju dalam bidang-bidang lain menjadi contoh kepada negara-negara Islam lain.



Inilah tafsiran wawasan 2020 negara Malaysia yang seharusnya ditafsirkan sesuai dengan Malaysia sebagai negara Islam contoh yang mengamalkan Islam secara wasatiah.

Untuk mencapai wawasan ini usaha melahirkan ulama yang berkebolehan tinggi perlu disegerakan dan dipermudahkan demi kebahagian dan kemakmuran rakyat Malaysia sejagat secara zahir dan batin.

Itulah kebahagian dan kemakmuran dunia yang sebenarnya. Ketika itu usaha untuk menghasilkan sumber manusia akan jadi semakin senang dan mudah sekaligus membantu negara mencapai wawasan 2020 dengan lancar dan jayanya.

Berdasarkan kepada penjelasan tadi, sejenis institusi pendidikan Islam tulen dan mantap perlu ditubuhkan. Institusi ini hendaklah mengajar bahasa Arab secara sistematik sebagai syarat utama untuk melangkah ke langkah seterusnya mengajar ilmu-ilmu Islam dalam bahasa Arab demi memantapkan penguasaan bahasa Arab di samping penguasaan ilmu-ilmu agama di kalangan pelajar sejak peringkat menengah lagi agar mereka benar-benar bersedia untuk menimba ilmu di peringkat pengajian tinggi daripada pensyarah tanpa menghadapi masalah kekurangan asas.

Diharap dengan tertubuhnya institusi seperti ini para pelajar lulusan institusi ini akan dapat menimba ilmu dengan lancar dan dapat menjadi inspirasi para pensyarah untuk menyapaikan segala ilmu dan pengalaman mereka sebaik mungkin.


Bertolak dari keperluan yang amat sangat ini, dengan ini dicadangkan penubuhan sebuah institui yang boleh memenuhi keperluan masyarakat Islam di Malaysia untuk keperluan semasa dan akan datang dengan harapan ia akan mendapat perhatian bahkan sokongan padu semua pihak secara berterusan dengan penuh semangat ukhuwah dan ruh taawun.

Firman Allah Taala:
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).(Al-Ma’idah:2)

      Segala butiran intitusi ini dikemukakan di bahagian kedua kertas kerja cadangan penubuhan institusi ini. Semoga segala kerja berhubung penubuhan institisi ini dipermudahkan Allah Taala dan dibalas dengan sebaik-baik balasan di dunia mahu pun di akhirat.


BAHAGIAN KEDUA
((BUTIRAN LENGKAP))

Nama Institusi
MAAHAD ATTAHFIZ ANNUR
معهد التحفيظ النور

Nama Panggilan
PONDOK ARAB ANNUR

Alamat
931 KAMPUNG TOK OTEK,
13100 PENAGA, SEBERANG PERAI UTARA,
NEGERI PULAU PINANG


Objektif Penubuhan Institusi

Menyebar Pegangan Islam Tulen Ahli As-Sunnah Wal-Jamaah Secara Hikmah


Cogan Kata
Islam Sinaran Hidup

Wawasan/Visi
Menjadi peneraju pendidikan Islam terbaik
untuk melahirkan pelapis ulama kelas tinggi di kalangan negara Islam


Misi
Menyediakan semua keperluan dan mengambil semua langkah
yang seharusnya untuk mencapai wawasan institusi

Logo



Pengertian Logo
Bulatan:        lambang Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam
Masjid:          lambang pusat persaudaraan umat Islam
Kitab:             lambang sinaran hidup dan sumber pengetahuan duniawi dan ukhrawi


Pengajian
Pengajian di institusi ini dibahagikan kepada dua bahagian seperti berikut:
1-    Bahagian Utama
2-    Bahagian Sampingan

Sasaran Bahagian Utama
1.     Remaja Islam Lelaki Dan Perempuan
2.     Kuat Dan Sihat Tubuh Badan
3.     Bersemangat Dan Beristiqamah Menuntut Ilmu Demi Membela Ummah

Syarat Kemasukan
1.     Lulus ujian dan temuduga kelayakan Maahad Attahfiz Annur
2.     Bersedia mematuhi undang-undang dan peraturan maahad.
3.     Bersedia menerima hukuman dan denda bila didapati bersalah

Yuran Pengajian
Pertama                      : Yuran Kemasukan – RM 300
Kedua                         : Yuran Tahunan – RM 150
Ketiga                         : Yuran Bulanan – RM 250

Perhatian: Waris pelajar yang tidak mampu boleh berbincang dengan pihak pengurusan Maahad Attahfiz Annur untuk mengatasi masalah tersebut. Pihak Maahad Attahfiz Annur bercadang mengecualikan yuran tersebut ke atas pelajar berikut:
1                   -    Pelajar anak yatim cemerlang
2                   -    Pelajar miskin cemerlang

Bagi pelajar cemerlang yang berkemampuan, yuran mereka akan dikurangkan. Oleh itu sumbangan anda adalah dialu-alukan untuk meringankan bebanan Maahad Attahfiz Annur.

Masa Pengambilan
Pengambilan dibuka pada awal bulan Disember setiap tahun

Perhatian
Bagi pelajar yang gagal melepasi ujian pengambilan, mereka diwajibkan belajar di tahap asas bacaan dan tulisan bahasa Arab/Jawi dan Al-Quran serta asas Fardhu Ain di Kelas Pemulihan selama setahun kemudian mereka diwajibkan menduduki sekali lagi ujian pengambilan untuk melayakkan diri ke pengajian di Maahad Attahfiz Annur.

Tenaga pengajar
-        Lulusan Pusat Pengajian Tinggi Dari Dalam Dan Luar Negara
-        Menguasai Bahasa Arab Dan Ilmu Takhasus Pilihan
-        Mesra Pelajar Dan Berjiwa Murabbi
  

Organisasi Maahad Attahfiz Annur
(Untuk Tahun Pertama)
1.     Mudir
    1 orang
2.     Guru Tahfiz
    2 orang
3.     Guru Agama dan Bahasa Arab
    2 orang
4.     Pembantu Tadbir
    1 orang
5.     Warden Asrama
    1 orang
6.     Tukang masak dan pembantu
    2 orang
7.     Pembantu Am
    1 orang
8.     Pembantu Penyelaras
    1 orang


EMAIL

BLOG

FACEBOOK
Maahad Attahfiz Annur

AKAUN BANK
BANK ISLAM: 07-043-01-103762-7
(atas nama maahad attahfiz annur)


Organisasi Lembaga Pentadbir
Penasihat : DR.KHALEEL ISMAIL ELYAS AL-IRAQI
(AS- SYEIKH AL-MURSYID AL MURABBI)
Pengerusi : USTAZ SYUKRI BIN YAMIN
Timbalan Pengerusi: USTAZ ZAKARIA BIN ISMAIL
Setiausaha : USTAZAH FAUZIAH BINTI ABU SEMAN
Bendahari : ENCIK MUHAMMAD HAZRI BIN MOHHD ZED

Ahli Jawatan kuasa :
AJK  Ekonomi: ENCIK MOHAMMAD ROHIM BIN ZOLKEPLY
AJK  Pembangunan: ENCIK JAMIL BIN ISMAIL
AJK  Pendidikan: USTAZ SYED GHAZALI WAFA BIN SYED NORDIN WAFA
AJK  Perhubungan: ENCIK SHABUDIN BIN SALEH
AJK  Kebajikan: ENCIK ABU BAKAR BIN MAT

Juru Audit:
1
         ENCIK AHMAD AMIN BIN HJ AHMAD

Tempoh Pengajian
2 (Dua) Tahun Untuk Penguasaan Bahasa Arab
6 (Enam) Tahun Untuk Penguasan Ilmu Islam Dalam Bahasa Arab
Kesemuanya 8 (Lapan) Tahun



Sijil Yang Ditawarkan
Pertama :
Sijil Kecemerlangan Bahasa Arab Dan Pendidikan Islam
الشهادة التفوقية في اللغة العربية والتربية الإسلامية

Perhatian:

Pengajian peringkat ini adalah peringkat permulaan (peringkat I’kdadiah). Ia  mengambil masa 2 tahun (4 semester). Pelajar yang berjaya melepasi peringkat ini akan dianugerahkan sijil ini dan ditawarkan untuk mengikuti peringkat seterusnya (peringkat Thanawiah A’liah) selama 6 tahun (12 semester).

Berikut adalah mata pelajaran peringkat I’kdadiah:
السنة الأولى
السنة الثانية
الفصل الأول
الفصل الثاني
الفصل الثالث
الفصل الرابع
حفظ القرآن
حفظ القرآن
حفظ القرآن
حفظ القرآن
حلقة التلاوة والتجويد
حلقة التلاوة والتجويد
حلقة التلاوة والتجويد
حلقة التلاوة والتجويد
دروس من القرآن الكريم
دروس من القرآن الكريم
دروس من القرآن الكريم
دروس من القرآن الكريم
الحديث الشريف
الحديث الشريف
الحديث الشريف
الحديث الشريف
التوحيد
التوحيد
التوحيد
التوحيد
الفقه
الفقه
الفقه
الفقه
القراءة
القراءة
القراءة
القراءة
الكتابة
الكتابة
الكتابة
الكتابة
التعبير
التعبير
التعبير
التعبير
الخط
الخط
الخط
الخط
المعجم (فقه اللغة)
المعجم (فقه اللغة)
المعجم (فقه اللغة)
المعجم (فقه اللغة)
المحادثات العربية
المحادثات العربية
المحادثات العربية
المحادثات العربية
النحو
النحو
النحو
النحو
الصرف
الصرف
الصرف
الصرف
تلقي التراث الجاوي في التوحيد
تلقي التراث الجاوي في الفقه
الأدب
الأدب
تعليم الإنجليزية بالعربية
تعليم الإنجليزية بالعربية
تلقي التراث الجاوي في التصوف
التاريخ الإسلامي


تعليم الإنجليزية بالعربية
البلاغة والنقد



تعليم الإنجليزية بالعربية


Kedua:
Sijil Menengah Tinggi Pengajian Islam Dan Bahasa Arab
الشهادة الثانوية العالية للدراسات الإسلامية والعربية

Perhatian:
Pengajian peringkat ini (peringkat Thanawiah A’liah) adalah peringkat lanjutan kepada peringkat I’kdadiah. Ia hanya akan ditawarkan kepada pelajar yang berjaya melepasi peringkt I’kdadiah. Masa yang diperuntukan untuk peringkat ini ialah 6 tahun (12 semester).

Berikut adalah mata pelajaran peringkat thaniawiah A’liah:
السنة الأولى
السنة الثانية
السنة الثالثة
السنة الرابعة
السنة الخامسة
السنة السادسة
حفظ القرآن
حفظ القرآن
حفظ القرآن
حفظ القرآن
حفظ القرآن
حفظ القرآن
التفسير بالعربية
التفسير بالعربية
التفسير بالعربية
التفسير بالعربية
التفسير بالعربية
التفسير بالعربية
التفسير بالإنجليزية
التفسير بالإنجليزية
التفسير بالإنجليزية
التفسير بالإنجليزية
التفسير بالإنجليزية
التفسير بالإنجليزية
الحديث الشريف
الحديث الشريف
الحديث الشريف
الحديث الشريف
الحديث الشريف
الحديث الشريف
التوحيد
التوحيد
التوحيد
التوحيد
التوحيد
التوحيد
الفقه
الفقه
الفقه
الفقه
الفقه
الفقه
الآداب الإسلامية
الآداب الإسلامية
التصوف
التصوف
الفقه المقارن
الفقه المقارن
فقه السيرة
فقه السيرة
سير المرسلين
التاريخ الإسلامي
التاريخ الإسلامي
التاريخ الإسلامي
النصوص الأدبية
النصوص الأدبية
النصوص الأدبية
النصوص الأدبية
النصوص الأدبية
النصوص الأدبية
البحث والخطابة
البحث والخطابة
البحث والخطابة
البحث والخطابة
البحث والخطابة
البحث والخطابة
القواعد العربية
القواعد العربية
القواعد العربية
القواعد العربية
القواعد العربية
القواعد العربية
التدريبات اللغوية
التدريبات اللغوية
التدريبات اللغوية
التدريبات اللغوية
التدريبات اللغوية
التدريبات اللغوية
مصطلح الحديث
مصطلح الحديث
مصطلح الحديث
أحاديث الأحكام
أحاديث الأحكام
أحاديث الأحكام
علوم القرآن
علوم القرآن
تفسير آيات الأحكام
تفسير آيات الأحكام
الإعجاز العلمي
الإعجاز العلمي
منهج الدعوة
منهج الدعوة
منهج الدعوة
منهج الدعوة
منهج الدعوة
منهج الدعوة
أصول الفقه
أصول الفقه
أصول الفقه
القواعد الفقهية
علم الاجتماع
علم الاجتماع
الأعلام الإسلامية
الأعلام الإسلامية
الأعلام الإسلامية
الأعلام الإسلامية
الأعلام الإسلامية
الأعلام الإسلامية
تاريخ التشريع
الفرائض
الفرائض
الفرائض
علم النفس
علم النفس
علم الحاسوب
(ويندوز)
علم الحاسوب
(وورد)
علم الحاسوب
(باوو بوينت)
علم الحاسوب
(إكسيل)
علم التربية
علم التربية

Pengajaran Dan Pembelajaran
Gabungan Antara Cara Lama dan Baru, Teori Dan Praktikal, Latihan, Ujian, Kaji Selidik, Kerja Kursus, Pembentangan Kerja, Perbincangan Dan Pembahasan.

Penilaian Pencapaian Pelajar
Sistem penilaian dan peperiksaan adalah seperti berikut:
Pertama        : Ujian Bulanan Setiap Minggu Keempat Bulan 1,2,3, Dan 4 Untuk semester Pertama, dan Bulan 7,8,9 Dan 10 Untuk Semester kedua setiap tahun
Kedua          : Ujian Lisan Setiap Minggu Keempat Bulan 5 dan 11
Ketiga          : Peperiksaan Semester Setiap Minggu Pertama Bulan 6 dan 12
Keempat      : Kerja Kursus Dan Kajian Setiap Semester
Kelima         : Pembentangan Kerja Kursus dan Penyampaian Khutbah dan Sebagainya
Keenam       : Penulisan dan Penyusunan Risalah Dan Buku


PERHATIAN
Disamping pengajian kitab, pelajar adalah diwajibkan berkhidmat dan mengikuti pengajian dakwah amali dan pengajian keusahawan Islam dalam bidang yang diminati berdasarkan kepada bakat sedia ada. Pengajian kitab akan dijalankan pada bahagian pagi dan pada bahagian petang pelajar akan berkhidmat dan mengikuti pengajian dakwah dan keusahawanan. Disamping itu pelajar diwajibkan mengikuti kelas umumi selepas solat Suboh dan Isya bersama warga dewasa dan emas yang turut berkampung di institusi ini.



BAHAGIAN KETIGA
((KEPERLUAN))

KEMUDAHAN ASAS
Buat masa ini Maahad Attahfiz Annur telah sewa sebuah rumah untuk dijadikan tempat penginapan dan pengajian pelajar bagi bilangan 15 – 20 orang. Rumah ini perlu dibaikpulih dan diubahsuai untuk keselesaan proses pendidikan para pelajar.
Oleh kerana itu pihak Maahad sangat mengalu-alukan semua bentuk bantuan dan sokongan untuk membangunakan dan memajukan Maahad demi melancarkan proses pengajian di Maahad Attahfiz Annur .

Untuk pengubahsuaian dan penambahan bilik, maahad memerlukan kos hampir RM 50,000.00 untuk membaiki perkara berikut:

Ø Kantin                                
Ø Bilik air
Ø Pejabat
Ø Pintu
Ø Tingkap
Ø Syiling
Ø Bumbung
Ø Cat
Ø Wayaring
Ø Paip air

Untuk sumbangan melalui bank boleh salurkan ke:
 BANK ISLAM: 07-043-01-103762-7 
(atas nama maahad attahfiz annur)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi no. berikut:
USTAZ SYUKRI YAMIN [PENGERUSI] ( 019-4348244 )      (  011-37164340 )                                                                                                                
MUHAMMAD HAZRI  [BENDAHARI]  ( 017-9852135 )
                                                  
  
Di samping itu pihak Maahad Attahfiz Annur memerlukan peralatan seperti berikut:
SENARAI WAKAF KEPERLUAN MAAHAD/ KELENGKAPAN PENGAJIAN
Katil 2 tingkat
          20

Tilam & Bantal
          20

Locker
          20

Al-Quran & Tafsir
          20

Rehal
          20

Kipas dinding
          25

Peti ais
          2

Mesin basuh
          1

Computer
          2

Meja pejabat
          2

Kerusi pejabat
          4

PA Sound Sistem & Projektor
          1

Water filter
          2

Van  (Toyota Hiace 14 Seater)
          1

Meja & kerusi batu(riadah)
          2

Khemah(20x20)
          2

Camera
          1

Gazebo
          2

Peralatan Qasidah
          1

Air corn bergerak
          2

Television connections USB
          1

White Board
          2

Mesin Photostate
          1

Mesin Fax
          1

Almari Fail Pejabat
          1

Kelengkapan Dapur(dapur gas,periuk nasi& dll)


Sofa(untuk pelawat dan Guru Maahad)
          1set

Jam waktu azan
           1

Carpet solat


Almari Kitab & Al-Quran
           2


      ANGGARAN KOS BAIKPULIH BANGUNAN  DAN  KESELURUHAN KEPERLUAN MAAHAD  ATTAHFIZ  ANNUR HAMPIR RM500  000.00  TERMASUK DANA MAAHAD ATTAHFIZ ANNUR TAHUNAN.

KEPERLUAN KEKAL
Pertama: Tapak
Maahad Attahfiz Annur memerlukan tapak sekurang-kurangnya 6 relong untuk menjayakan program Pengajian Islam Dan Keusahawan. Untuk sementara ini pihak kami menyewa sebuah rumah usang untuk memulakan program tersebut. Diharap ada pihak yang membantu kami mendapatkan tapak tersebut.

Kedua: Bangunan
Maahad Attahfiz Annur juga memerlukan fasarana seperti berikut untuk menjayakan program yang dirancang.
Fasarana yang diperlukan adalah seperti berikut:
1      -    Sebuah surau serba morden
2      -    Sebuah dewan serba morden
3      -    Sebuah bangunan pentadbiran serba morden
4      -    Sebuah bangunan pengajian untuk pelajar lelaki
5      -    Sebuah bangunan pengajian untuk pelajar perempuan
6      -    Deretan pondok sederhana untuk pelajar lelaki
7      -    Deretan pondok sederhana untuk pelajar perempuan
8      -    Deretan pondok morden untuk warga dewasa dan emas
9      -    Kediaman guru dan kakitangan
        -  Ladang, kolam, kebun, bengkel dan sebagainya untuk pengajian keusahawanan

Perhatian:sumbangan dari tuan/puan sangat kami alu-alukan untuk membangunkan institusi ini yang memerlukan jutaan ringgit untuk pembangunan dan tapak maahad.


Ketiga: Tenaga pengajar
Maahad Attahfiz Annur memerlukan sejumlah tenaga pengajar yang boleh mendukong dan menggalas aspirasi maahad di mana mereka hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
1        -    Berakhlak mulia zahir dan batin
2        -    Berilmu dan beramal dengan ilmu
          -    Berfikiran matang
          -    Bersedia menghadapi kesusahan seperti mana bersedia menerima kesenangan
5        -    Bersedia menambah ilmu dan amal ibadat
          -    Berpakaian cara Islam

Keempat: Staf sokongan
Di samping tenaga pengajar, Maahad Attahfiz Annur juga memerlukan kaki tangan sokongan untuk melancarkan perjalan dan pentadbiran maahad.

Kelima: Kenderan Maahad
Maahad Attahfiz Annur juga memerlukan sebuah kenderaan yang boleh digunakan untuk tujuan pengakutan pelajar seramai 15 hingga 20 orang ke solat jumaat, solat jenazah dan sebagainya.

Keenam: Sumber Kewangan
1       -    Yuran
2       -    Derma, Zakat, Sumbangan Ikhlas dan seumpamanya
3       -    Keuntungan Perniagaan dan pelaburan Syariah


Penutup   

Akhir sekali pihak Maahad Attahfiz Annur berharap segala cita-cita dan harapan yang diusahakan untuk membina sebuah institusi pendidikan Islam yang luar biasa ini akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini berkat hasil usaha semua pihak yang terlibat membantu pihak Maahad Attahfiz Annur sama ada dengan doa ikhlas, nasihat, teguran, cadangan, pandangan mahu pun sumbangan wang ringgit dan barangan keperluan. Semua bentuk sumbangan tersebut pasti dibalas dengan sebaik-baik balasan dari sisi Allah Taala.

Pihak Maahad Attahfiz Annur berharap suatu masa nanti institusi akan menjadi institusi contoh melahirkan generasi rabbani yang akan memimpin ummah ke arah keredhaan Allah Taala. Saat itu dunia akan dipenuhi dengan kasih sayang dan keadilan untuk umat manusia, dengan ini akan terlihatlah dengan jelas erti Islam itu rahmat bagi sekelian alam.

Kesempurnaan itu adalah milik Allah jua. Maka sama-sama kita perbaiki setiap kesilapan itu demi kebaikan kita bersama di dunia dan di akhirat. Wallahu waliyuttaufiq.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,Rasulullah SAW telah bersabda: jika anak Adam meninggal,maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang berdoa untuknya.(HR Muslim)

Siapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik(menafkahkan hartanya ke jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan(rezeki) dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.[Al-Baqarah 245]










BAHAGIAN KEEMPAT
((LAMPIRAN))

1-   KIRAAN KOS
ANGGARAN KOS PERBELANJAAN BULANAN DAN TAHUNAN
KOS-KOS PENGURUSAN
BIL
PERKARA
BILANGAN
RM / BULAN
RM / TAHUN
1
PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

Gaji
1)Mudir dan Guru
2)Kerani
3)Pekerja Am/Pembantu Warden
4)Tukang masak



4
1
1
1



RM6,000
RM1,000
RM1,000
  RM900.00



RM72,000
RM12,000
RM12,000
RM10,800
2
MAKANAN DAN PENGAJIAN

1)Makanan bagi seorang pelajar
   RM10.00 (sehari)



20



RM6,000



RM72,000
3
ASRAMA DAN PEJABAT

1)Bahan cucian
2)Alatan Pejabat dan percetakan




RM250.00
RM300.00


RM3,000
RM3,600
4
PENGANGKUTAN

1)Minyak
2)Penyelenggaraan


2


RM300.00
RM300.00


RM3,600
RM3,600
5
KEMUDAHAN ASAS

1)Air dan Elektrik
2)Telefon dan Internet                                                                                   


1


RM600.00
RM150.00 


RM7,200
RM1,800
6
PERBELANJAAN LUAR JANGKAAN
RM1,000
RM12,000
JANGKAAN JUMLAH KOS SETIAP BULAN
RM17800
JANGKAAN JUMLAH KOS KESELURUHAN TAHUNAN
     RM213600


2-                CONTOH SURAT SUMBANGAN
SUMBANGAN DERMA/ WAKAF/ZAKAT&TAHLIL ARWAH
Adalah saya:…………………………………………………………………………………………………………….
No.K/P:…………………………………………………………………………………………yang beralamat di
…………………………………………………………………………………………………………………………………
No.Telefon:………………………………………………..No.H/P…………………………………………………..
Bersama-sama ini diserta wang tunai / cek /kiriman wang pos /bank draf No…………..
Sebanyak RM…………………………………..(Ringgit Malaysia………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………)
Sebagai derma /wakaf / Zakat dan Tahlil Arwah dari saya untuk:

1.DANA MAAHAD TAHFIZ



2.ZAKAT



3.TAHLIL ARWAH



4.WAKAF KEPERLUAN MAAHAD



5.LAIN-LAIN


Bagi tujuan khatam Al-Quran dan tahlil Arwah sepanjang bulan bagi nama-nama berikut:
NAMA ARWAH




Untuk sumbangan melalui bank boleh salurkan ke:
 BANK ISLAM: 07-043-01-103762-7 (atas nama maahad attahfiz annur)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi no. berikut:
USTAZ SYUKRI YAMIN [PENGERUSI] ( 019-4348244 )      (  011-37164340 )                                                                                                                
MUHAMMAD HAZRI  [BENDAHARI]  ( 017-9852135 )
Sekian Terima Kasih.

………………………………….                                                                                   …………………………………..
Tandatangan                                                                                                     Tarikh
3-   HIMPUNAN GAMBAR
 RUMAH YANG AKAN DIJADIKAN PUSAT PENGAJIAN MAAHAD ATTAHFIZ ANNUR.JUSTERU ITU, PIHAK MAAHAD HARUS MEMBAIKI TEMPAT YANG MENGALAMI KEROSAKAN DAN MENAMBAH BEBERAPA BILIK UNTUK MAAHAD.
_________________________________________________________________________________
Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.                                       (HR Imam Ath-Thabrani)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan