Selasa, 14 Julai 2015

SELAMAT HARI RAYA DAN TERUSKAN INFAQ ANDA

SELAMAT HARI RAYA DAN TERUSKAN INFAQ ANDA
MAAF ZAHIR DAN BATIN


         Assalamu Alaikum ibu bapa, saudara-saudara, sahabat-sahabat, kawan-kawan, anak-anak murid dan kenalan-kenalan ustaz Syukri Yamin serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang dikasihi dan dirahmati Allah sekelian. 

         Di akhir-akhir Ramadha Al-Mubarak ini saya dan seluruh warga  MAAHAD TAHFIZ ANNUR mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa sehingga ke akhir Ramadha Al-Mubarak dan selamat berhari raya bersama dengan orang tersayang.

        Di kesempatan ini kami memohon maaf di atas kehadhiran risalah dan pesanan yang sentiasa datang memohon sumbangan ikhlas anda untuk membantu kami membangunkan  MAAHAD TAHFIZ ANNUR lebih-lebih lagi jika ia menimbulkan rasa kurang senang tetapi yakinlah bahawa setiap sen yang diinfaqkan itu ada ganjarannya yang sangat hebat sekali dari sisi Allah kerana agama/ugama ini adalah milikNya dan Ia pasti akan membalas jasa baik setiap pembantu agama/ugamaNya.

          Kami mengucap Jazakumullahu khairan kasiran kepada anda semua kerana sudi membantu membangunkan MAAHAD TAHFIZ ANNUR bersama kami dengan iringan doa dan infaq wang ringgit seikhlas-ikhlasnya kerana Allah . 

         MAAHAD TAHFIZ ANNUR masih memerlukan bantuan anda semua kerana sumbangan yang kami terima setakat mula dilancarkan di pertengahan Ramadhan hingga saat ini hanaya RM 400 sahaja sedangkan kami memerlukan sekurang-kurangnya RM 250 ribu ringgit untuk memulakan pengajian pada awal tahun 2016 akan datang. Anda boleh bantu kami dengan apa cara yang mampu disamping doa ikhlas anda yang berterusan.

Berikut no akaun ANNUR : 07-043-01-103762-7 
atas nama MAAHAD ATTAHFIZ ANNUR (Bank Islam)

Jazakumullah khairan kasiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan