Isnin, 20 Julai 2015

AMALAN-AMALAN ITU MERUPAKAN GAMBARAN

Syeikh zarruq menyatakan bahawa: "kesempurnaan amalan bergantung kepada keiklasan iaitu amalan hati.hal ini menghendaki sesuatu dilakukan tanpa keterlaluan agar kesempurnaan tidak luput".

Ibn 'Ajibah menambah: "Apabila iklas merupakan syarat setiap amalan,lantas dinyatakan kesannya dengan menyebut hikmah ini".

Syeikh al-Buti berkata:Hikmah ini merupakan peryempurnaan kepada hikmah yang lalu".
                 "Amalan-amalan itu merupakan gambaran-gambaran yang zahir manakala roh-rohnya ialah iklas yang wujud padanya".

Mafhum
Segala amal kebaikan diibaratkan ertinya portret gambaran yang berdiri dan untuk hidup, gambar-gambar (portert) itu memerlukan roh.begitulah juga amalan memerlukan keiklasan.

Iktibar
Iklas menjadi neraca kepada mujahadah seorang hamba.sifat iklas ini akan memimpin para murid di dalam mujahadahnya sehingga berjaya.sesungguhnya Allah telah memerintah kita supaya memerlihara sifat iklas dalam setiap amalan,sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-Baiyyinah:5

Maksudnya:padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam(menjalankan)agama.

Al-Sabuni menukilkan tafsiran ayat ini daripada Hasyiah al-Sawi dengan maksudnya:walhal mereka tidak diperintahkan dalam Taurat dan Injil kecuali beribadah kepada Allah SWT dan mengiklaskan ibadah hanya kerana allah yang Maha Tinggi, tetapi malangnya mereka mengubah dan memindahnya lantas menyembah paderi dan pendeta mereka".

Perbezaan antara amal kerana Allah dan amal dengan Allah

Amal kerana Allah membawa kepada:

  • Pahala
  • tahkik ibadat
  • sifat 'abid.
  • perlaksanaan segala hukum zahir.
Amal dengan Allah membawa kepada:
  • Dekat dengan Allah
Fudail bin 'Iyad berkata: Allah SWT berfirman:
  Maksudnya: supaya Allah menguji kamu semua untuk memastikan siapa dikalangan kamu yang amalannya lebih baik.
                                                                                                    (Surah al-Mulk:2)

Fudhail berkata: "Yang paling iklas dan yang paling baik".
Beliau berkata:Sesungguhnya amalan yang iklas tetapi tidak betul ia tidak diterima oleh Allah SWT, dan amalan yang betul tetapi tidak iklas juga tidak diterima sehinggalah amalan ituniklas dan betul.Iklas adalah kerana Allah SWT dan betuk adalah dengan mengikut sunnah Rasulullah SAW".

Daripada 'Ubadah bin somit,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Kamu hendaklah berjihad.Ia merupakan salah satu daripada pintu-pintu surga.Allah menghindarkan dukacita dan kerunsingan daripada jiwa seseorg dengannya."
(Riwayat Imam Ahmad)

MAAHAD TAHFIZ ANNUR masih memerlukan bantuan anda semua, kami memerlukan sekurang-kurangnya RM 500 ribu ringgit untuk memulakan pengajian pada awal tahun 2016 akan datang dan keperluan lain lagi bagi memantapkan lagi sistem pengajian di MAAHAD TAHFIZ ANNUR. Anda boleh bantu kami dengan apa cara yang mampu disamping doa ikhlas anda yang berterusan.

Berikut no akaun ANNUR : 07-043-01-103762-7 

atas nama MAAHAD ATTAHFIZ ANNUR (Bank Islam)

Jazakumullah khairan kasiran.

Minta tolong sebar si kalangan kawan-kawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan