Selasa, 8 Disember 2015



931 KAMPUNG TOK OTEK,

13100 PENAGA, SEBERANG PERAI UTARA,

NEGERI PULAU PINANG

(KC0029177-P)



PENGAMBILAN PELAJAR

PENGENALAN

MAAHAD ATTAHFIZ ANNUR adalah sebuah pusat pendidikan ilmu Islam yang baru dibangunkan pada pertengahan tahun 2015 M. Ia dibangunkan demi membantu individu Islam memenuhi tuntutan fardu ain sebagai seorang Islam dan memenuhi tuntutan fardu kifayah sebagai seorang anggota masyarakat Islam. Segala kelemahan dalam sistem pendidikan yang sedia ada dijadikan asas penambahbaikan pendidikan ANNUR agar pelajar yang dilahirkan di sini dapat membantu diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara dari segi agama, ekonomi dan lain-lain.



ANNUR menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Di samping itu ANNUR akan berusaha menjadi sebuah pusat latihan keusahawanan
Islam untuk remaja Islam agar mereka tidak terlalu bergantung kepada makan gaji setelah tamat pengajian Islam di sini. Pelajar akan didaftarkan untuk sijil SMA Majlis Agama Kedah ketika di tahun 6, dan pada tahun 7 akan didaftar untuk sijil SPM Kementerian Pendidikan Malaysia, dan pada tahun 8 akan didaftar untuk sijil STAM Kementerian Pendidikan Malaysia.



Pelajar yang diterima belajar di sini akan belajar di tahap 1 selama dua tahun. Sekiranya berjaya melepasi tahap 1 dalam masa dua tahun, pelajar tersebut akan ditawarkan berlajar di tahap 2 selama enam tahun. Bagi pelajar yang tidak berjaya melepasi tahap 1 dalam masa dua tahun, mereka akan diberi masa tambahan satu tahun untuk melayakan diri ke tahap 2. Sekiranya tidak berjaya juga mereka akan didaftarkan di sekolah agama rakyat untuk mengikuti pengajaian tingkatan 4 dan 5 dan seterusnya mengambil peperiksaan SPM.



PERHATIAN: Pelajar ANNUR diwajibkan menghafal Al-Quran Al-Karim setiap tahun 5 juzuk di samping pengajian ilmu Islam dan ilmu keusahawanan.



SYARAT PENERIMAAN

  1. Remaja lelaki 10 tahun hingga 15 tahun.
  2. Sehat tubuh badan dan bebas daripada penyakit yang boleh menghalang pembelajaran.
  3. Berminat dan bersedia untuk belajar serta sanggup menerima segala arahan dan tindakan disiplin untuk pembentukan diri sebagai seorang Islam yang berjaya di masa akan datang.
  4. Bersedia untuk berdikari dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan.
  5. Lulus temuduga yang diadakan.


    PENDAFTARAN

  1. Boleh dibuat sekarang di ANNUR pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis
  2. Pada jam 9 pagi hingga jam 12 tengah hari
  3. Bawa bersama salinan Mykad pelajar dan waris
  4. Bagi pelajar yang belum ada Mykad, salinan sijil lahir diperlukan
  5. Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Syukri di No. 0194348244


    YURAN PENGAJIAN

  1. Yuran Tahunan dikenakan sebanyak RM 300 untuk pembangunan ANNUR
  2. Yuran Bulanan dikenakan sebanyak RM 250 untuk gaji guru dan staf ANNUR
  3. Yuran Makan, Minum, dan Asrama tidak dikenakan
  4. Semua jenis bentuk sumbangan adalah dialu-alukan